Penawar Buat Individu Yang Putus Harap
Setiap masalah mempunyai cara penyelesaiannya kecuali mati. |
Di saat buntu, carilah Allah dahulu. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.
Adakalanya kita
akan menghadapi situasi buntu mencari jalan. Kita tidak tahu ke mana,
dan kepada siapa mahu kita dapatkan bantuan. Kita lelah mencari manusia,
mengadu pada mereka dengan harapan mereka boleh bantu kita.
Dalam video Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid tentang Mintalah Kepada Allah Walaupun Garam, beliau berkongsi tentang,
“Apabila kita selalu meminta kepada manusia, mereka akan marah. Tetapi Allah, apabila kita tidak minta, Dia marah.”
Kisah Danial Dan Rahmat – Kerana Sikap Bertangguh, Danial Dikatakan Bodoh
Suatu kisah,
Danial dan Rahmat berkolaborasi dalam sebuah projek perniagaan. Rahmat
ibarat pemimpin yang mengetuai projek itu. Danial pula jenis pengikut
yang hanya mengikut apa yang Rahmat katakan.
Selama mereka
berkolaborasi, Danial mula buat perangai. Dia bertangguh dalam tugasan
untuk projek mereka. Diberi motivasi, baru Danial bertindak. Dalam pada
itu, Danial banyak bertanya hal yang remeh kepada Rahmat.
Pada mulanya
Rahmat rajin menjawab. Lama-kelamaan, dia mula bosan dengan sikap
Danial. Walau Rahmat tidak perkatakannya tetapi Danial boleh rasa
daripada perkataan yang ditulis oleh Rahmat di grup perbincangan maya
mereka.
Rahmat mula
mengeluarkan kata-kata kesat kepada Danial. Danial terasa
direndah-rendahkan oleh Rahmat, seterusnya Danial membuat keputusan
untuk berpecah dengan Rahmat.
Dia tawar hati
untuk teruskan kolaborasi. Oleh sebab, semakin hari Rahmat semakin
membuat Danial seperti rasa individu yang tidak berguna, bebal dan hanya
menyusahkan dia.
Jadi, pada Danial, lebih baik dia berpecah dan cari haluan sendiri.
Hilang Tempat Bergantung – Peluang Dekat Dengan Tuhan
Selama lebih
setahun, Danial bersama Rahmat. Kebanyakan hala tuju dan tugasan yang
perlu dibuat Rahmat yang putuskan. Danial hanya mengekori apa yang
Rahmat tetapkan.
Selepas
perpecahan, Danial sedar betapa dia banyak bergantung kepada Rahmat
selama ini dalam projek mereka. Danial rasakan seperti dia hilang tempat
pergantungan.
Selama beberapa
minggu, Danial tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Ke mana hala
tujunya selepas ini. Dalam pada itu, Danial banyak menunaikan solat
hajat untuk meminta petunjuk dan arah tuju daripada Allah.
Alhamdulillah,
selepas beberapa minggu melakukannya, Danial mula dikurniakan
tanda-tanda Allah tentang apa yang dia perlu usahakan.
Menangis Danial
di atas sejadah kerana selama ini, dia banyak bergantung kepada manusia
dalam urusannya. Dia terlepas pandang tentang rahmat Tuhan. Kehilangan
Rahmat dalam projek perniagaannya menyedarkannya untuk kembali menadah
tangan kepada Tuhan.
Tuhan Maha Mengabulkan
Berdoalah kepada Pencipta yang Maha Mendengar. |
Di Facebook
Page Mudahnya Menjemput Rezeki dikongsi tentang tip percepatan
pemakbulan impian atau penyelesaian masalah dengan izin Allah, iaitu 3 S
– solat hajat, selawat dan sedekah.
1. Solat Hajat
Solat Hajat
bertujuan untuk hamba-Nya meminta sesuatu kepada Allah. Di fasa ini,
Danial mengadu tentang kebuntuannya mencari hala tuju apa yang perlu dia
lakukan.
Danial mengakui kepada Tuhan bahawa kehilangan Rahmat dalam projek perniagaannya membuat dia hilang arah tuju.
2. Selawat
Dosa itu adalah
penghijab rezeki yang paling baik. Semakin banyak dosa, akan semakin
terhijab sesuatu doa. Justeru, perbanyakan selawat untuk membersihkan
diri kita daripada dosa, seterusnya mempermudah pemakbulan doa.
Insya-Allah.
Sabda Nabi s.a.w :
“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” Hadis Riwayat Ahmad,Nasai & Al-Hakim
Insya-Allah
semakin banyak kita berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W., apabila hati
semakin bersih, lebih mudah rezeki seperti idea, ilham datang kepada
kita.
3. Sedekah
Selari dengan firman Allah,
“Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan (bersedekah) dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya). Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).” Surah Al Lail, 92: 5-7
Insya-Allah
apabila kita bersedekah dan melakukannya kerana Allah, Allah akan
berikan jalan penyelesaian yang tidak disangka-sangka.
Di saat buntu, carilah Allah dahulu. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.
Sumber: tazkirah.net
0 Kritikan