Buat diri yg bergelar Nuqaba

By Tuesday, December 01, 2015


 Hasil carian imej untuk Nuqaba


Buat diri yg bergelar Nuqaba

📕Siri 2 : Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi

💣Benarkah kita berjuang? kalau hanya mengisi borang dan mendaftar diri sebagai anggota jamaah Islam tetapi gagal untuk komited [ iltizam ] dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah.Kita hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah.Mampu mengarah tetapi tidak boleh diarah.Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur .  

💣Benarkah kita berjuang? dengan hanya semata-mata kerap menghadiri ceramah-ceramah umum tetapi liat untuk hadir dan menekuni program-program khusus seperti usrah , liqa fikri , tamrin , mukhayyam dan pelbagai aktiviti spiritual seperti qiamulail , al mathurat dan zikrullah . Program ceramah dilihat lebih penting sebab kita dapat publisiti sedang usrah ni hanya dihadhiri oleh 10 orang , tidak glamour langsung !  

💣Benarkah kita berjuang? , apabila kita selalu sahaja gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah digalaskan ke atas pundak kita sebagai pimpinan jamaah walau dimana peringkat posisi kepimpinan kita.Mesyuarat sering tidak hadir dan kalau pun hadir hanya dengan kepala kosong.Lebih malang,ada mesyuarat dalam mesyuarat dan ada mesyuarat selepas mesyuarat.

💣Benarkah kita berjuang? sedang banyak masa kita habiskan untuk bersahaja dan mengelamun dalam mengimpi kemenangan.Hanya pandai mengomel dan mengkritik kesalahan anggota jamaah yang lain tetapi kita sendiri hanya mampu berdiri di tepian gelanggang.Kerja kita tidak beres tetapi nak ambil kerja orang lain.Kalut tidak bertempat .

💣Benarkah kita berjuang? seringkali kita mengabaikan hak ukhuwwah atau persaudaraan Islam sesama anggota.Cepat berburuk sangka malah sedikit berbeza pendapat kita terus menyerang pemikiran dan peribadinya seolah - seolah ia adalah musuh tradisi perjuangan kita.Kita rasa hanya kita sahaja yang hebat , berilmu dan berpengalaman.Pintar berhujjah dan berdebat.Kita pandang sahabat pun hanya dengan sebelah mata,penuh rasa benci.Senyum dan bersalam hanya untuk bermuka - muka.

You Might Also Like

0 Kritikan

Let Follow Me

Follow Me

Ceritakan Kisah Anda Pada Kami

Name

Email *

Message *