News Today

By Tuesday, December 01, 2015


 Hasil carian imej untuk berita



BERITA HARI INI (25.11.15) - by Rjuna Arjuna Rjuna.

1.Suami kepada Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat Jalil iaitu Datuk Mohamad Salleh di bebaskan mahkamah atas tuduhan pecah amanah wang syarikat NFC berjumlah RM49.7 juta dengan membeli 2 unit kondominium pada 2009.

2.Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO memecat Ketua Wanita Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman atas sebab disiplin parti.Hamidah adalah antara yg lantang mengecam PM dan pentadbirannya.

3.Mesyuarat MT semalam yang di awalkan telah berlangsung tanpa kehadiran Tan Sri Muhyidin Yassin dan Safie Apdal yg merupakan 2 pemimpin kanan UMNO.

4.Tun DrM mendakwa ahli2 UMNO di larang bercakap mengenai 1MDB dan wang RM2.6 bilion dalam Perhimpunan Agung parti yg akan datang namun kenyataan ini di nafikan oleh Datuk Hishamudin Hussein.

4.Mesyuarat Sayap UMNO dari Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri akan di rasmikan oleh Ketua masing2 dan Tim Presiden Tan Sri Muhyidin tidak akan terlibat atas nama Tim Presiden seperti biasa.

5.Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin berkata isu Nurul Izzah perlu di serahkan kepada penduduk Sabah dgn menolak PKR pada PRU akan datang.

6.Polis telah menerima lebih 90 laporan keatas Nurul Izzah dgn kebanyakan lapuran adalah di Sabah dan siasatan akan di lakukan di bawah SOSMA.

7.MB Perak Datuk Zambry Abd Kadir berkata pemimpin UMNO negeri itu tidak terlibat dlm gerakan menjatuhkan PM.

8.Persatuan Penduduk Tanjung Bungah,P.Pinang menyokong tindakan Adun DAP kawasan itu Teh Yee Cheu yg tidak mengundi bagi pihak kerajaan negeri untuk menolak usul wakil UMNO mengenai kes tanah.

9.Lim Kit Siang memuji tindakan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin yg membatal hasratnya untuk memboikot pihak media.

10. AMANAH mahu jawatankuasa di kalangan ahli parlimen di tubuh untuk mengatasi penyebaran fahaman pelampau.

11.Tim Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sejumlah RM30 juta dari RM50 juta wang peruntukan dari Belanjawan 2016 untuk sekolah2 aliran cina telah pun di agihkan.

12.Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan menganggap Lim Guan Eng sedanp menghadapi krisis kepercayaan di Pulau Pinang.

13.Malaysia dan India tandatangani MOU untuk kerjasama dlm bidang teknikal berkaitan pengurusan dan program masyarakat.
Menteri Pendidikan P.Kamalanathan mengalu2kan keputusan untuk mengiktiraf ijazah dari IPT India.

14.Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Datuk Madius Tangau meminta akhbar2 membantu kerajaan menjelaskan mengenai TPPA.

15.SPRM membuat laporan polis dan meminta SKMM bertindak atas penyebaran fitnah di media sosial yg mendakwa badan itu menawarkan sebahagian dari wang RM2.6 bilion kepada orang ramai yg menentang pengganas.

16.Datuk Noor Farida Md Arifin dari kumpulan G25 mahu fungsi JAKIM di kaji semula.

17.Bekas Ahli Parlimen UMNO Tawfik Ismail yg juga anggota G25 turut JAKIM di rombak.

18.Adun Sindumin di Sabah, Datuk Ahmad Bujang mencadangkan supaya bayaran masuk tandas di komplek membeli belah di negeri itu di hapuskan.

19.Dua bangunan milik kerajaan Malaysia di Washington yg kini kosong akan di baik pulih.

20.Kementerian Kesihatan berkata harga ubat2an di hospital kerajaan tidak akan di naikkan.

21.Seramai 53,782 peminjam Tekun gagal membayar pinjaman yg berjumlah RM7.9 bilion.

22.Agensi kerajaan dan pemimpin politik di minta hentikan perbezaan pendapat sesama mereka dan bekerjasama untuk membantu mangsa banjir.

23.Universiti Malaysia kini berada di ranking ke 149 di dunia.

24.Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor meningkat kepada 968 orang hingga semalam.

25.Di Kuantan 3 pusat pemindahan di buka dgn mempunyai 101 mangsa banjir dari 31 keluarga.

26.Daerah Kemaman di puji kerana bersiap sedia untuk hadapi ketibaan banjir termasuk dgn mengadakan 3 tempat pendaratan helikopter dan mengadakan kamera pengawasan di kawasan sungai.

27.Keadaan ibu2 kaum Orang Asli yg bakal bersalin dan suasana di Rumah Transit Kuala Bertis, Gua Musang adalah menyedihkan dgn ketiadaan katil dan terpaksa tidur di lantai.

28.JAKOA meminta Kem.Kesihatan menyiasat dakwaan bahawa terdapat lebih 200 Orang Asli di kawasan Royal Belum, Perak mati akibat masaalah kesihatan.

29.Mangsa2 yg alami kerugian akibat aktiviti bauksit di Kuantan seperti pengusaha bengkel,peniaga kedai dll menuntut pampasan RM10,000 seperti yg di janjikan oleh kontraktor.

30.Farah iaitu wanita yg kehilangan wang gajinya dan di jumpai seorang pemuda bernama Nizam akhirnya telah d temui dan menerima semula wangnya.
Nizam meminta bantuan melalui media sosial kpd orang ramai untuk mencari Farah namun terdapat golongan penipu yg mengaku Farah dan meminta di bank in wang itu.

31.Syarikat produk kecantikan Nouvelles Visages tawar 100 tempat untuk pelatih yg berminat mengikuti kursus kemahiran kecantikan dan kesihatan di IKBN.

32.Terdapat lebih 200 kes penerokaan tanah secara haram di P.Pinang membabitkan kawasan Balik Pulau,Relau dan Teluk Bahang.

33.Warga emas usia 73 tahun yg membonceng motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah di P.Pinang.

34.Hakim memerintahkan wanita yg menikam pemandu bas RapidPenang di Relau supaya di rawat di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan.

35.Sebanyak 26 ekor lembu kepunyaan Mohd Nor Sarwar di temui mati di sebuah ladang kelapa sawit di Segamat, Johor yg di percayai di racun oleh musuh perniagaannya.

36.Dua warga emas dan cucu mereka terselamat dari kebakaran rumah mereka di Flat Sri Sarawak,KL.

37.Duit tabung masjid berjumlah lebih RM3,000 di Taman Bukit Tiram di Johor Bahru lesap di larikan pencuri.

38.Wanita Thai di tahan kerana mengguna cap imigresen palsu pada pasport nya di Bukit Kayu Hitam.

39.Penyanyi Dayang Nurfaizah akui meminati vokal Najwa Mahiadin yg juga anak kepada bekas TPM Tan Sri Muhyidin Yasin.

40.Pelakun Diana Danielle selamat melahirkan anak kedua pd 19 November lalu dgn mengguna teknik bersalin dalam air di Hospital Pantai, Bangsar KL.

41.Hubungan Turki-Rusia menjadi buruk ekoran pesawat Rusia di tembak jatuh di sempadan Syria kerana menceroboh sempadan.

You Might Also Like

0 Kritikan

Let Follow Me

Follow Me

Ceritakan Kisah Anda Pada Kami

Name

Email *

Message *