Antara tabiat lelaki yang tidak diGEMARI Oleh Wanita....
Kebiasaannya
sifat malu seorang lelaki adalah kurang jika dibandingkan dengan
wanita. Mungkin ada sesetengah tabiat yang dirasakan normal oleh
seseorang lelaki, tetapi ia menggelikan wanita apabila melihatnya.
Antara tabiat lelaki yang kurang menyenangkan wanita adalah.....
(1) Kuku yang panjang
-
Ada sesetengah lelaki yang gemar untuk menyimpan kuku yang panjang.
Tujuan mereka berbuat sedemikian tidak dapat dikenalpasti. Tetapi tabiat
seperti ini menggelikan seorang wanita apabila mereka melihatnya....
(2) Bulu yang tidak ditempat sepatutnya
-
Mungkin lelaki terlalu malas untuk menjaga penampilan mereka. Tetapi
janganlah disebabkan kemalasan itu membiarkan bulu hidung tumbuh dengan
bebasnya. Tabiat ini merupakan perkara paling menggelikan wanita....
Buat mereka yang sudah berumahtangga : Baca disini khasiat air mani kepada isteri (umum)
Buat mereka yang sudah berumahtangga : Baca disini khasiat air mani kepada isteri (umum)
(3) Nafas berbau
-
Ada sesetengah lelaki tidak mengambil berat mengenai masalah nafas
berbau. Mereka hanya membiarkannya sahaja. Tabiat seperti ini harus
ditinggalkan dan sepatutnya mereka berusaha untuk mengatasi masalah
nafas berbau kerana ia amat tidak menyenangkan bukan sahaja terhadap
wanita, tetapi kepada orang yang mendengar percakapan anda juga....
(4) Masalah bau badan
-
Ada sesetengah lelaki mempunyai masalah ini terutamanya mereka yang
berbadan agak besar. Cuba mencari jalan yang terbaik untuk
menyelesaikannya kerana bau badan akan menyukarkan orang lain untuk
menghampiri anda....
(5) Rambut terlalu nampak basah
-
Mungkin lelaki terlalu obses untuk menjaga penampilan rambut mereka
sehingga menggunakan minyak rambut secara berlebihan. Bersederhana
sahaja terhadap rambut anda kerana rambut yang terlalu basah akan
kelihatan seperti bayi yang baru lahir. Tabiat ini perlu dielakkan
kerana wanita amat tidak menyukai untuk meluangkan masa mereka bersama
pasangan yang seperti bayi baru lahir....
(6) Rambut yang langsung tidak bergerak
-
Ini juga merupakan salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh lelaki.
Pemakaian wax juga tidak perlu keterlaluan kerana ia akan membuatkan
rambut anda kelihatan seperti batu. Biarkan rambut anda bebas secara
semulajadi....
(7) Terlalu banyak bintik hitam di muka
-
Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak bintik hitam di bahagian muka,
berusahalah untuk membuangkannya. Anda boleh membuangkannya secara
sendiri atau dengan pergi mendapatkan rawatan. Jangan terus
membiarkannya kerana ia akan menggelikan orang lain untuk melihat wajah
anda....
(8) Gigi berkarat
-
Terutamanya kepada lelaki yang merokok, dapatkan rawatan pembersihan
gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk membersihkan karat-karat
yang melekat pada gigi anda.Ini kerana senyuman yang beserta gigi yang
berkarat amat menggelikan wanita....
(9) Sendawa
-
Tabiat ini juga adalah merupakan tabiat yang paling sering dilakukan
oleh lelaki. Jangan sesekali sendawa dikhalayak ramai walaupu anda
merasakan ia seperti perkara yang biasa kerana ia akan menggelikan orang
lain....
(10) Kebersihan telinga
-
Mungkin disebabkan telinga berada pada kedudukan yang sukar untuk
dilihat membuatkan lelaki tidak terlalu mengambil berat mengenainya.
Ambil berat mengenai kebersihan telinga anda kerana walaupun ia tidak
dapat dilihat, tetapi orang lain mampu untuk melihatnya....
0 Kritikan