DIFATWA HARAM : VAPE DIRAMPAS, ROKOK DI JUAL TANPA BATASAN.
Rokok
elektronik atau sinonim dengan namanya VAPE yang menjadi tarikan anak
muda ketika ini mula menjadi tanda tanya selepas dimenfatwakan haram.
Dalam isu ini,
Mufti Wilayah persekutuan menjelaskan pengharaman Vape bukan dari segi
nikotin tetapi kesan yang berlaku terhadap attitude atau sikap,
tasyabbuh atau peniruan gaya barat.
Perkara ini
timbul selepas kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan harga rokok.
Tindakan demi tindakan diambil oleh kementerian kesihatan Malaysia untuk
menghapuskan VAPE daripada terus berleluasa di negara ini.
Malah perkara
ini juga bertambah rumit selepas ada sesetengah golongan profesional
cuba memberitahu kesan Vape ini mudah mendapat kanser serta membahayakan
kesihatan.
Jelas dan nyata
rokok itu membahayakan kesihatan, tetapi kerajaan dan juga pihak
kementerian kesihatan sekadar tampal poster dan tidak ambil tindakan
kepada mereka yang menjual rokok dan juga penghisap rokok.
Kenapa perkara
ini dilepaskan, sedangkan JAKIM sudah memberitahu rokok telah difatwakan
HARAM. Kenapa tidak rampas segala rokok yang dijual dan KENAPA hanya
rampas rokok yang diseludup? dengan alasan rokok seludup itu terlalu
bahaya?
Ramai orang
tahu rokok adalah cukai yang paling tinggi dan senang untuk kerajaan
membuat duit dan ramai juga orang tahu, rokok seludup itu murah dan
tiada cukai termasuklah vape juga tiada cukai yang dikena.
Benda yang
haram dijual tanpa batasan, keluarkan kenyataan lagi, umur 18tahun ke
bawah dilarang membeli rokok! umur 18 tahun ke bawah tidak boleh
merokok! iklan untuk apa sebenarnya itu. sekadar peringatan. Di mana
letaknya papan tanda ROKOK haram dijual kepada orang Islam?
HARAM..HARAM...HARAM.... bila fikirkan kewajaranya, kerajaan akan rugi apabila rakyatnya hisap rokok seludup dan juga VAPE.
Benda yang
melibatkan TIADA CUKAI, semuanya diserbu dan diharamkan walaupun jelas
ada yang mengatakan perisa vape itu datang dari bahan-bahan membuat kek.
saat sekarang
ini, kesemua yang melibatkan barang, sudah dicukaikan. biarpun kerajan
menjelaskan ekonomi kita yang tidak stabil ini, sekurang-kurangnya
penghapusan subsisi boleh membantu kerajaan membayar hutang negara.
Kenapa rakyat harus menjadi mangsa?
seharusnya
Malaysia mampu mengerakkan ekonomi yang lebih stabil, seperti Tun Dr
Mahathir sendiri, memperkembangkan ekonomi malaysia sehingga Malaysia
terkenal dipelusuk dunia.
Selepas
pemerintahan Mahathir, Perdana Menteri berikutnya sekadar tumpang
pemikiran Mahathir. Disebabkan itulah Malaysia semakin hari dibebankan
dengan hutang negara yang banyak.
Cuba fikirkan,
sebagai contoh, hidup 40 tahun hanya menggunakan driver, dan kita duduk
dibelakang tanpa fikir kesesakan lalu lintas. Cuba hidup kita, kita yang
pandu sendiri, keluar rumah awal pagi dengan bawa kereta sendiri,
sangkut lalu lintas. bawa duit dalam poket RM50 sehari. bayangkan?
by : darahatiku
0 Kritikan