ISU MEMINTA PERTOLONGAN NON-MUSLIM DALAM URUSAN POLITIK DAN NEGARA

By Monday, January 18, 2016

✏ PERKONGSIAN SIYASAH | ISU MEMINTA PERTOLONGAN NON-MUSLIM DALAM URUSAN POLITIK DAN NEGARA

Jika kita selalu menelaah tulisan-tulisan Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, kita akan dapati beliau mempunyai pandangan yang amat tegas berkenaan isu memohon pertolongan dengan non Muslim dalam urusan pentadbiran tertinggi negara ataupun politik kenegaraan. 

Bahkan Ibnu Taimiyyah menyatakan adalah lebih baik untuk melantik seorang Muslim, walaupun seorang  Muslim tersebut kurang kemampuannya berbanding dengan non Muslim. (Majmu` al-Fatawa, jil. 28, m/s. 642)

Ibnu Taimiyyah juga telah membawa kisah Salahuddin al-Ayyubi, bagaimana Salahuddin mengelak daripada memohon pertolongan non-Muslim untuk pentadbiran negaranya, lantaran itu, beliau mendapat berkat. (Majmu` al-Fatawa, jil. 28, m/s. 639)


Sheikh Ahmad Ar-Rashid berpendapat, pandangan Ibn Taimiyyah ini jelas benar. Ini adalah  kerana Nabi s.a.w, ketika memohon pertolongan daripada non -Muslim, sama ada sebagai penunjuk jalan atau sebagai perisik, pertolongan tersebut adalah sementara, hanya untuk beberapa hari. 

Tetapi tugasan yang berterusan atau dalam jangka waktu yang panjang, yang akan memberikan kepada non -Muslim peluang untuk merancang dan membuat hubungan dan secara beransur mungkin memenangi mereka yang lemah jiwanya daripada orang Islam, dengan menggunakan kekuasaan yang diberikan lantaran kerjanya dan harta yang ada bersama. 

Perbezaan suasana ini (pertolongan berterusan dan pertolongan sementara yang diminta oleh Nabi SAW daripada non Muslim) sepatutnya difahami oleh seorang faqih. (Ahmad Ar-Rashid, Usul al-Ifta’ wa al-Ijtihad al-Tatbiqi: Fi Nazariyyat Fiqh al-Da’wah al-Islamiyyah, jil. 4, m/s. 321)

Wallah A`lam 👌

-Ahmadk-
Kuala Lumpur, 18/1/2016

〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰             
© https://telegram.me/diaryhatisteri
Fb: http://fb.com/diaryhatisteri

You Might Also Like

0 Kritikan

Let Follow Me

Follow Me

Ceritakan Kisah Anda Pada Kami

Name

Email *

Message *