Ilmu Aqidah

By Wednesday, November 25, 2015



 Hasil carian imej untuk aqidah


🔹🌻🔹🌻🔹🌻🔹
🌻  ILMU  AQIDAH  ðŸŒ»
🔹🌻🔹🌻🔹🌻🔹


KEBATILAN MUJASSIMAH YANG BERKATA BAHAWA ALLAH ITU SUATU JISIM YANG TIDAK SAMA DENGAN JISIM-JISIM LAIN


Mufti Banjar Al-Syaikh al-^Allamah Muhammad Arsyad ibn ^Abdillah al-Banjari (L.1122H - W. 1227H) berkata di dalam kitabnya Tuhfatur-Raghibin berkenaan hukum orang yang mengatakan “Allah jisim yang tidak sama dengan jisim-jisim lain”:

"(Adapun kaum Mujassimah) maka setengah daripada mereka itu iktiqad bahawa Allah ta^ala itu jauhar yang maujud dan (setengah) mereka itu bahawa Allah ta^ala itu JISIM tetapi tiada seperti JISIM yang lain,

(dan setengah) mereka itu iktiqadnya bahawa Allah ta^ala seperti rupa manusia,

dan (setengah) mereka itu iktiqadnya bahawa ada bagi Allah ta^ala daging dan darah dan anggota muka dan tangan dan kaki dan jari,

(dan) setengah mereka itu iktiqadnya bahawa ada Allah ta^ala bagi-Nya rupa (tetapi) tiada kamu mengetahui betapa rupa-Nya,

(dan) setengah mereka itu iktiqadnya bahawa Allah ta^ala datang dan turun dengan zat-Nya seperti bergerak dan berpindah daripada sesuatu tempat kepada suatu tempat,

(dan setengah) mereka itu iktiqadnya bahawa Allah ta^ala duduk di atas Arasy,

(dan setengah) mereka itu iktiqadnya bahawa Allah ta^ala masuk pada Arasy dan Arasy itulah tempat kediaman-Nya,

(Syahdan adalah) perpegangan setengah kaum Mujassimah pada iktiqadnya yang tersebut itu zahir (ayat) dan hadith yang mutasyabih dan dinamai pula kaum Mujassimah itu Musyabbih,

(kata Imam Fakhruddin ar-Razi) yang mujassimah itu musyabbih dan musyabbih itu KAFIR (kerana) diisbatkannya bagi hak Allah ta^ala berjisim dan akan jisim itulah yang disembahnya (dan barangsiapa) menyembah jisim maka sanya jadi KAFIR (kerana) ia menyembah yang lain daripada Allah ta^ala,

(Kata Imam Ahmad radiyallahu ^anhu) barangsiapa mentasybihkan Allah ta^ala dengan makhluk (maka) sanya jadi KAFIR,

(dan kata Sohib Jawahir Nafisah) barangsiapa meiktiqadkan Allah ta^ala itu jisim (maka) sanya jadilah ia KAFIR". Intaha.

🌻🔹🌻🔹🌻🔹🌻

📙Rujukan: Tuhfatur-Raghibin fi Bayan Haqiqah Iman al-Mu'minin oleh al-Syaikh al-^Allamah Muhammad Arsyad ibn ^Abdillah al-Banjari,  Matba^ah Bin Halabi, Fatoni, hlm. 17.
          (15/39)


You Might Also Like

0 Kritikan

Let Follow Me

Follow Me

Ceritakan Kisah Anda Pada Kami

Name

Email *

Message *