Ini Balasan Aku Dapat!
Kisah yang sangat-sangat menyedihkan! Tidak sangka setabah ini wanita ini hadapi ujian hebat dalam hidupnya! Sebuah lagi kisah perkongsian yang pasti membuat anda mengalir airmata.
Pesanan Lelaki Untuk Hawa Yang Hendak Kahwin Awal... Fikir Sejenak!!MENGERIKAN! Benda Aneh Ditemui Bersarang Dalam Telinga Lelaki IniMENYENTUH HATI!! Alasan Lelaki Ini Tak Sanggup Keluar Lepak Tinggalkan Isteri
Mungkin dek kerana terlampau lama memendam rasa, wanita ini mengambil
pendekatan berani dengan berkongsi rasa dan memuatnaik sendiri foto
kecurangan suami bersama wanita lain.
Lebih memilukan hati kami, wanita ini cukup tabah mengharungi kehidupan
dengan melakukan pekerjaan yang selalunya dilakukan oleh lelaki demi
menyara anak-anak yang masih kecil.
Myza K., nak ambil suami orang, jiwa kena kental. Baru WhatsApp
sikit, dah block. Baru like cover photo WeChat pun block. Nak sangat
lelaki murahan ini, mehlah minta izin. Saya memang nak bagi saja tapi
lelaki murahan ini yang buat susah.
Bangga sangat kan up gambar dengan suami orang. Meh aku tolong postkan juga.
Bulan 8, honeymoon Cameron. Bulan 9 ke Langkawi. Tapi nafkah anak
tiga bulan baru merasa sekali. Ingat anak minum susu tiga bulan sekali
ke apa?
Hari itu bukan main tipu kata dah tak ada hubungan dah. Tak hairan,
takkan kena suap duit sikit pun cair? Tak hairanlah setakat naik BMW
singapura!
Sebelum ini aku diam saja tapi nampak melampau tarikh Court pun tak
hadir. Lelaki yang baik pandai jaga maruah tetapi ini langsung siap
duduk serumah lagi dan paling malu hari-hari meroyan di inbox mak aku
apa pasal?
Kasihan, bodohnya betina murahan. Dengan kau pun dia masih boleh inbox semua itu pada mak aku.
Adik betina ini friend Facebook aku. Tolong tarbiah sikit kakak kau
supaya menjadi manusia. Jangan jadi babi menyondol taman orang. Nanti
karang ada babi pula sondol kau punya keluarga baru kau rasa.
Ramai yang cakap saya kuat, saya tabah. Pernah fikir tak hati saya
yang berdarah berapa ratus kali untuk menjadi sekuat ini? Sampaikan jadi
apa pun sekarang saya dah tak ada rasa sakit hati. Penat 8 tahun
melayan semua karenah buruk dari dia dan semua ahli keluarga saya sangat
sayangkan dia sebab itu bertahan.
Perempuan, pukul, penipuan, dipinggirkan, ditinggalkan dan
disampahkan. Memang ada baiknya tetapi satu kebaikan tertutup dengan 10
keburukan.
Saya tidak kata saya sempurna. Saya pun ada salah saya. Salah saya
sebab tak boleh percayakan dia. 10 patah keluarga dari mulut satu pun
tak boleh percaya dan saya garang. Saya marah sebab saya selalu ditipu
setiap masa. Kadang-kadang tak tahu mana perkataan yang jujur dari dia
walaupun dia tengah memujuk.
Saat dia jatuh tersungkur, saya menyahut dengan memberikan harapan.
"Satu hari kita akan bangun semula. Bersabarlah,"
Saya korbankan segala keringat saya mencari rezeki membesarkan
anak-anak, menjaga rumah dan taat. Tetapi yang indah tidak bertahan
lama. Saya ditipu, diperbodohkan tetapi saya diamkan saja. Saya tahu
malamnya di kelab tetapi saya tak nak pertikaikan sebab saya tahu bodoh
dia pergi lagi jauh. Sampai Allah nak tunjuk semua permainannya.

Siapa kata saya kuat saya tak kecewa? Hati bagaikan dirampas. Saya
bekerja sama gagah keringat lelaki, terabai diri sendiri. Saya buat
permasangan aircond dan wiring. Saya turun bekerja sekali bukannya bos
goyang kaki. Boleh rasa tak apa yang saya rasa? Saya berdiri di depan
cermin dan tengok diri saya. Kulit penuh lebam-lebam, tangan banyak
luka-luka kecil, badan kurus kering terasa kasar kulit tangan.
Masa itu, saya terduduk menangis sekuat-kuat hati. Kejamnya seorang
suami, terlalu kejam! Pengorbanan saya dibalas dengan kecurangan. Saya
diam bila hak-hak saya dan anak terabai. Sebaliknya saya pula menghulur
duit poket untuk dia. Ya, kecewa itu perlu, menangis itu juga perlu
untuk melepaskan segala apa yang ada di dalam hati. Tetapi kecewa tidak
perlu berpanjangan, cukulah sekadar seminggu menangis, meraung dan
meratap selebihnya. Belajar redha, berhenti bertanya kenapa, mengapa dan
kalaulah. Ubah kepada;
"Ya Allah, ini ketentuan dariMu. PerancanganMu lebih baik. Engkau
lebih mengetahui, memberi aku kesabaran untuk berjalan di setiap
dugaanMu. Tersenyumlah semua akan menjadi indah suatu masa nanti,"
Saya dan dia jauh berbeza. Saya tidak sosial tetapi dia bergaul tanpa
batas. Saya dulu tidak bertudung. Saya pun seksi juga tetapi sampai
bila saya nak terus tersesat?
Ingat lagi Mei 2014, saya beritahu dia yang saya nak bertudung. Saya
tanya dia dan dia jawab okay. Saya tahu dia tidak ikhlas sebab dia suka
yang seksi, hot dan bergaya. Tetapi saya teruskan niat saya. Umur
semakin meningkat, anak semakin membesar dan saya perlu berubah. Di
setiap doa, saya memohon jika dia bukan yang terbaik untuk agamaku, masa
depanku dan anak-anakku, Engkau jauhkanlah dia dari hidupku.

Ye, Allah mendengar, Allah lebih tahu apa yang terbaik usaat hati
kecil ini betul-betul ingin berubah kepada kebaikan. Orang kata, lelaki
baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya juga. Allah
jauhkan yang tidak baik dari hidup saya. Sebab itu saya terima semua
ketentuan ini. Saya boleh saja bersabar dan menerima dia tetapi saya
tidak mampu membimbing dia untuk berubah kepada yang lebih baik. Setiap
kali hati menjadi lembut, Allah tunjukkan lagi apa yang dia buat seperti
Allah tak mahu saya tersilap membuat keputusan. InshaAllah ini yang
lebih baik.
Peluang, beribu kali sudah diberi tetapi berubah hanya untuk empat
bulan. Tipu kalau kata saya tidak sayangkan dia. 8 tahun saya terima
semua keburukan dia, dari mula kahwin sampai ke hari ini tidak terkira
curangnya. Tidak terkira perempuannya dan tidak terkira di tangan dan di
kakinya kalau orang lain mungkin sudah lama angkat kaki. Tetapi saya
memilih untuk terus memberikan peluang sampai ke tahap saya sudah tidak
boleh terus berlembut. Kalau saya tidak menolong diri saya keluar dari
masalah ini, siapa lagi yang akan menolong saya?
Keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang dalam dilema, berilah dorongan
dan jangan dihina atau dikeji. Itulah kekuatan yang ada nasihat untuk
kebaikan. Keluarga saya tidak pernah jemu memberikan kasih sayang dan
dorongan yang menjadikan saya lebih tabah dan kuat.
Untuk isteri-isteri, jika ada masalah, cubalah bangun tahajud. Renung
mana yang salah sendiri, muhasabah diri, akan terjumpalah jawapan dan
kesilapannya. Saya memang sudah tidak percayakan dia lagi. Saya garang,
garang kerana selalu diperbodohkan dan saya banyak marah kerana mahu dia
menjadi lebih baik serta tinggalkan yang tidak baik.
Yang baik ambil untuk dijadikan sebagai pengajaran. Kalau ada yang
tidak baik, maafkan saya. Saya manusia biasa bukan nak mengaibkan
sesiapa. Tetapi sharing is caring, pengalaman mematangkan isteri.
Bertabahlah, bersabarlah jika hak-hak kamu diseleweng dan untuk
perampas, keep calm dan don't give up + keep it up. Kirafah dosa itu
pasti. Saya sudah merasa, pasti kamu juga akan merasa melainkan dia
betul-betul insaf. Bukan insaf mainan di mulutnya sahaja. Saya lebih
mengenalinya baik dan buruk.
0 Kritikan